
Article
Pameran Lima 23 Buka Tirai Pada Mei Depan
Kuala Lumpur, 16 Januari 2023 – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) akan membuka tirainya pada 23 hingga 27 Mei depan di loka...
Kuala Lumpur, 16 Januari 2023 – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) akan membuka tirainya pada 23 hingga 27 Mei depan di lokasi ikonik, Pulau Langkawi, Kedah.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menyaksikan perasmian LIMA '23 yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj Hasan dan Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), di sini, petang tadi.
Pameran anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan itu merupakan acara dwitahunan yang terbesar di rantau Asia Pasifik serta dijangka sekurang-kurangnya 600 syarikat dari 30 buah negara bakal mempamerkan aset keselamatan masing-masing seperti pesawat dan kapal.
LIMA ’23 diadakan semula tahun ini selepas kali terakhir berlangsung pada 2019 sebelum wabak COVID-19 melanda negara.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, SAC Alzafny Ahmad dan Ketua JLog IPK Kedah, Superintendan Abdul Hakim Musa.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini