Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Pukul Anak Saudara Macam Dirasuk Syaitan Wanita Tua Direman 7 Hari

Published: 07 Jun 2017 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
POLIS DAERAH SUBANG JAYA mengesahkan bahawa video tular seorang wanita tua memukul seorang kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga mengundang kemarahan netizen semalam adalah kejadian tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-pukul-anak-saudara-macam-dirasuk-syaitan-wanita-tua-direman-7-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:30 MYT

POLIS DAERAH SUBANG JAYA mengesahkan bahawa video tular seorang wanita tua memukul seorang kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga mengundang kemarahan netizen semalam adalah kejadian tahun lepas.

Walaubagaimanapun, undang-undang negara tetap diambil terhadap pelaku yang menyeksa kanak-kanak malang terbabit iaitu nenek saudaranya sendiri yang kini direman oleh pihak polis selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Azlin Sadari, kanak-kanak itu sudah diselamatkan oleh pihak polis dan dihantar ke hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.

Padah Pukul Anak Saudara Macam Dirasuk Syaitan Wanita Tua Direman 7 Hari
ArticlePublished 07 Jun 2017 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM