Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Motor Curi Dua Remaja Ditahan

Published: 19 Jun 2014 1.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KAJANG, 9 Februari - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bersama Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kajang telah berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah curi motosikal...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-motor-curi-dua-remaja-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:45 MYT

KAJANG, 9 Februari - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bersama Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kajang telah berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah curi motosikal.

Suspek yang dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Kuala Lumpur telah ditahan ketika melalui susur keluar di Kilometer 21, Lebuhraya Grand Saga. Ketika ditahan suspek menaiki sebuah motosikal dan hasil semakan mendapati motosikal yang dinaiki telah dilaporkan hilang di Jinjang Kuala Lumpur.

Kedua-dua suspek yang ditahan berumur 19 tahun dan merupakan penduduk tempatan dan pihak polis bertindak merampas motosikal terbabit serta disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian yang berasingan, turut ditahan dua lelaki disyaki terlibat dalam satu kejadian samun di Tanah Perkuburan Cina Sungai Kantan, Kajang pada selasa lalu diberkas polis.

Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan dari Task Force, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Pindah, Sungai Kantan, Kajang awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis telah merampas sebuah motosikal, beberapa unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai untuk siasatan lanjut.

Suspek yang berusia 19 dan 21 tahun itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM