Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Loloskan Diri Dari Lokap

Published: 19 Jun 2018 2.10 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tindakan dua penganggur meloloskan diri dari lokap balai polis dekat Iskandar Puteri menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, Johor Bahru semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-loloskan-diri-dari-lokap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT

Tindakan dua penganggur meloloskan diri dari lokap balai polis dekat Iskandar Puteri menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, Johor Bahru semalam.

Kedua-dua tertuduh, Nolmat Halil Abd. Jalil, 34, dan Muhammad Fir-daus Irwan, 25, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, R. Salini.

Kedua-dua tertuduh diarah menjalani hukuman dari tarikh tangkap pada 11 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja lari dari lokap Balai Polis Gelang Patah di Iskandar Puteri pada pukul 6.16 pagi, 11 Jun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 19 Jun 2018 2.10 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM