Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Hina Polis Di Facebook

Published: 24 Oct 2018 9.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 24 Oktober 2018 - Seorang buruh ditahan kerana memuat naik komen negatif dan menghina anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang, di sini, semalam menerusi laman sosial Facebook.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-hina-polis-di-facebook
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:01 MYT

Kuantan, 24 Oktober 2018 - Seorang buruh ditahan kerana memuat naik komen negatif dan menghina anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang, di sini, semalam menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Parit Tengah, Pekan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Menurutnya, suspek adalah pemilik akaun Facebook 'Mohd Hannan' meninggalkan komen negatif ke atas satu status berkenaan kemalangan maut membabitkan dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Pahang di dalam kumpulan 'Komuniti Kuantan'.

“Disebabkan komen negatif terbabit, satu laporan dibuat oleh seorang anggota polis yang mahu tindakan sewajarnya diambil ke atas pemilik akaun Facebook itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pergi ke rumah berkenaan dan berjaya menahan suspek yang terbabit berdasarkan maklumat.

Mohd Wazir memaklumkan, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan merampas sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy J2 Prime dan dua kad sim Celcom.

“Siasatan mendapati, telefon bimbit yang dirampas itu positif digunakan untuk akaun Facebook berkaitan.

“Ujian air kencing juga sudah dijalankan ke atas suspek dan hasilnya negatif. Suspek kini ditahan reman bermula hari ini di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. - SINAR HARIAN ONLINE

Padah Hina Polis Di Facebook

ArticlePublished 24 Oct 2018 9.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM