Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Cari Maklumat Kes Langgar Lari

Diterbitkan: 24 Oct 2018 7.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 24 Oktober 2018 - Polis mohon kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berhubung kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cari-maklumat-kes-langgar-lari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:51 MYT

Bukit Mertajam, 24 Oktober 2018 - Polis mohon kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berhubung kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.

Dalam kemalangan jam 6.30 petang itu, M Tanaletchumi, 49, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, V Ganesan, 52, dan anak mereka berusia 12 tahun tiba-tiba dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenali.

Pelanggaran menyebabkan motosikal hilang kawalan dan menyebabkan tiga beranak berkenaan terjatuh di jalan.

Sumber berkata, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan baru bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum dilanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah belakang.

“Tiga beranak berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, Tanaletchumi dilaporkan meninggal dunia akibat parah di kepala manakala suaminya patah kaki kanan dan anaknya pula mengalami luka di tangan serta kaki,” katanya.

Siasatan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang menyaksikan kemalangan terbabit diminta tampil ke balaipolis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Polis Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Inspektor Noor Amirah Nor Azmi di talian 04-5301977 untuk membantu siasatan. - HARIAN METRO ONLINE

Polis Cari Maklumat Kes Langgar Lari

ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2018 7.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM