Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Cuba Samun Polis Lelaki Ditembak Mati Di Petaling Jay

Published: 17 Jun 2014 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 24 Mei - Seorang lelaki ditembak mati selepas cuba menyamun seorang anggota polis berpakaian biasa yang sedang mendeposit wang di sebuah bank di Damansara Utama awal hari ini. Ketua P..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-cuba-samun-polis-lelaki-ditembak-mati-di-petaling-jay
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mei - Seorang lelaki ditembak mati selepas cuba menyamun seorang anggota polis berpakaian biasa yang sedang mendeposit wang di sebuah bank di Damansara Utama awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, koperal polis berkenaan dihampiri seorang lelaki yang mengugutnya menggunakan pisau pemotong daging.

"Setelah diugut untuk dicederakan, mangsa menyerahkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan kunci kereta. Suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan kereta Myvi milik mangsa namun dihalang anggota polis itu.

"Akibat berang, suspek menyerang mangsa dengan mengacukan pisau dan berlaku pergelutan sehingga mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan mengenai suspek menyebabkan lelaki itu mati di tempat kejadian," katanya kepada Bernama
di sini. 

Beliau berkata suspek warga tempatan berumur 43 tahun itu sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan kes pecah rumah, dadah dan curi kereta. 

Arjunaidi berkata anggota polis berusia 34 tahun itu bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang, dekat sini. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM