Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Padah Buat Ritual Seks Polis Reman Bomoh Durjana Selama Tujuh Hari

Published: 25 Sep 2017 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bintulu, 25 Sept. 2017 - Seorang bomoh mengarahkan dua gadis mandi bogel sebelum memasukkan jarinya ke faraj mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/padah-buat-ritual-seks-polis-reman-bomoh-durjana-selama-tujuh-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT

Bintulu, 25 Sept. 2017 - Seorang bomoh mengarahkan dua gadis mandi bogel sebelum memasukkan jarinya ke faraj mangsa.

Pelajar tingkatan lima menjadi mangsa bomoh, 60, dengan alasan perbuatan itu “ritual” bagi mengubati “penyakit berkaitan jiwa” Jumaat lalu, lapor Harian Metro.

Adik mangsa, 16, dan seorang kanak-kanak, 11, turut menjadi mangsa dalam kejadian pada 10 dan 2 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak berkata perbuatan itu terbongkar apabila pelajar tingkatan lima menceritakan hal sebenar kepada bapanya yang kemudian menumbuk bomoh hingga lebam.

Datuk Dev Kumar berkata bapa mangsa turut mengheret bomoh itu ke balai polis Bintulu sebelum suspek lelaki tersebut direman tujuh hari.

Mengikut Kosmo!, ketiga-tiga mangsa didakwa ada “masalah peribadi” lalu dihantar untuk rawatan di rumah bomoh di kuarters Jalan Tun Hussein Onn di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Sumber: MalayMail

ArticlePublished 25 Sep 2017 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM