Outing Uskpn 2016 Erat Ukuwah Kekeluargaan
Port Dickson, 6 Ogos 2016 - Lebih kurang 200 warga bersama ahli keluarga Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) mengeratkan ukhuwah sambil melepaskan lelah kerjaya dalam Program Hari Keluarga anjuran USKPN Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Embok Village Steamboat & Seafood Port Dickson, Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Program seawal 8.00 pagi itu dimulakan dengan acara senamrobik zumba dengan penyertaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama warga USKPN..
Kemeriahan diteruskan dengan susun atur acara sukaneka antaranya Tarik Tali secara kalah mati, Junjung Nyiru, 'Limbo Rock' remaja, Baling Tin dan Jambatan Belon Air Berpasangan.
Kanak-kanak turut tidak ketinggalan dalam sukaneka seperti Binaan Lego dan 3D 'Puzzle'.
Turut memeriahkan program ialah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad dan Setiausaha Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menghadiri sepanjang program majlis 'outing' berlangsung..
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim juga turut memeriahkan hari keluarga Urus Setia KPN...
Sekitar acara tarik tali berlangsung...
Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersam isteri, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim memeriahkan majlis hari keluarga Urus Setia KPN..
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim juga turut memeriahkan majlis...
Sekitar acara baling tin berlangsung...
Sekitar acara tarian zumba berlangsung...
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung...
Sekitar penyampaian cabutan bertuah berlangsung...
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung...