Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Orang Ramai Usah Terpedaya Taktik Tuduh Langgar Kereta

Published: 12 Feb 2015 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik sekumpulan lelaki bermotosikal yang akan berpura-pura menuduh sasaran mereka melanggar kenderaan ahli kumpulan itu, tetapi kemudian menyamun dan membelasah mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/orang-ramai-usah-terpedaya-taktik-tuduh-langgar-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT
 
Kuala Lumpur - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik sekumpulan lelaki bermotosikal yang akan berpura-pura menuduh sasaran mereka melanggar kenderaan ahli kumpulan itu, tetapi kemudian menyamun dan membelasah mangsa. 

Terbaharu, seorang pemilik bengkel kenderaan meninggal dunia pada jam 7.30 malam Isnin lalu ketika rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 

Mangsa parah di kepala selepas dipukul lapan lelaki yang mengepung keretanya di Kawasan Perindustrian Bukit OUG, Bukit Jalil di sini, Ahad lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-2115 9999 untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Orang Ramai Usah Terpedaya Taktik Tuduh Langgar Kereta
ArticlePublished 12 Feb 2015 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM