Orang Besi Pdrm Sumbang Satu Lagi Pingat Emas Kepada Negara
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Helmi bin Saadin
SEPANG,
21 September - Sub Inspektor (S) Sazali bin Abdul Samad, nama yang
tidak asing lagi di dalam sukan bina badan telah mengharumkan nama
Malaysia di Kejohanan Bina Badan Asia Ke-46 di Guangzhou, China
baru-baru ini dan ianya merupakan kejayaan kelapan sepanjang
pembabitannya dalam kejohanan antarabangsa yang berprestij itu.
Antara kejayaan yang beliau telah perolehi adalah:
1. Mr. Asia (1996 India)
2. Mr. Asia (1998 Vietnam)
3. Mr. Asia (1999 Taiwan)
4. Mr. Asia (2000 Hong Kong)
5. Mr. Asia (2002 China)
6. Mr. Asia (2009 Hong Kong)
7. Mr. Asia (2010 Iran)
8. Mr. Asia (2012 China)
Pingat
emas ini telah sah menjadi milik beliau dalam Kejohanan 46th Asian Mens
Bodybuilder And Athletics Physique Championship bagi kategori
Lighweight 70KG di Pusat Sukan Tianhe, Guangzhou, China yang telahpun
bermula 19 September lalu dan menyaksikan penyertaan seramai 200 atlet
bina badan dari 20 negara Asia.
Anak
kelahiran Batu Pahat Johor ini adalah seorang atlet yang sentiasa
mempamerkan mutu disiplin dan daya kesungguhan yang tinggi. Mula
berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1992 dan terus
menempa nama dan membanggakan seluruh warga PDRM.
Seramai
7 orang atlet bina badan telah terpilih bagi mewakili Malaysia dan 4
darinya adalah atlet PDRM menyaksikan penyertaan Sazali bin Abd Samad
(lightweight 70kg), Aloysius Jamimon (Middle Weight 80kg), Ismadi Riji
(Heavy Weight 100kg), dan Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Body Classic
170cm+3).
Atlet
PDRM telah mengharumkan nama Malaysia dengan memperolehi pencapaian
berikut iaitu Sazali bin Abd Samad (Johan), Mohd Syarul Azman Mahen
Abdullah (ke-2), Ismadi Riji (ke-3).
Atlet-atlet ini
selamat sampai di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada
jam 6.40 petang tadi dan disambut oleh YDH Datuk Mortadza bin Nazarene,
Pengarah Pengurusan, YDH Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta
wakil-wakil media.



Ketibaan Atlet Bina Badan PDRM di Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA), Sepang

'Kamilah Juara'




YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan menyambut ketibaan atlet



Bacaan doa selamat, memberkati majlis dan meraikan kepulangan

Sekitar majlis "laungan PDRM boleh"

'Ceria' sekitar program

Sekitar program

Bergambar kenangan

Sekitar program

Sekitar program

Ketika sidang media

Sub Inspektor (S) Sazali bin Abdul Samad memberi piala kemenangan kepada anaknya

Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir...