Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Warta Di Sarawak Bermula Isnin

Published: 06 May 2015 2.07 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 6 Mei - Ops Warta bagi mengesan pesalah trafik di negeri ini akan bermula Isnin ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-warta-di-sarawak-bermula-isnin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:52 MYT

Kuching, 6 Mei - Ops Warta bagi mengesan pesalah trafik di negeri ini akan bermula Isnin ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, DSP Alexon Naga Chabu berkata lebih 400 individu telah dikeluarkan tiga atau lebih waran tangkap.

Beliau berkata senarai penuh pesalah telah dihantar ke ibu pejabat trafik wilayah.

Individu yang dikeluarkan waran oleh mahkamah tetapi tidak menghadiri perbicaraan akan turut diburu, katanya.

Naga berkata orang ramai boleh menyemak sama ada mereka mempunyai kesalahan trafik melalui www.rmp.gov.mywww.rilek.com.mydan www.myeg.com.

Beliau berkata kaunter membayar saman di balai polis dibuka pada hari bekerja bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan di kawasan luar bandar sehingga 5 petang.

"Orang ramai diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan saman mereka," katanya dan menambah sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke rumah akan diadakan bagi mengesan pesalah trafik sebelum mereka ditangkap dan diheret ke mahkamah.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2015 2.07 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM