Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Published: 11 Jun 2014 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan laman sosial Facebook untuk memikat wanita dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tiong-sindiket-african-scam-yang-licik-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:57 MYT
BUKIT PERDANA, 19 Mei - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan laman sosial Facebook untuk memikat wanita dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan.

               

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 26 hingga 39 tahun yang dua daripada mereka adalah warga Nigeria, ditahan Isnin lepas dalam dua serbuan berasingan di Seri Kembangan dan Cheras.

               

Penipuan sindiket itu terbongkar setelah polis melancarkan siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan warga Taiwan berumur 43 tahun kepada Kedutaan Taiwan di sini Februari lepas bahawa dia ditipu hampir RM380,000 selepas berkenalan dan jatuh cinta dengan salah seorang anggota sindiket itu melalui Facebook.

               

Menghuraikan kegiatan penipuan sindiket itu dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini, YDH SAC Dato' Rodwan memberitahu bahawa suspek menyamar sebagai seorang warga Britain dengan menggunakan nama John Miller ketika berkenalan dengan mangsa kira-kira tiga bulan lepas.

               

Suspek mendakwa menetap di United Kingdom dan memberitahu mangsa kononnya dia akan memberi hadiah bungkusan di mana kandungannya terdapat barangan yang berharga pound sterling 950,000 dan mangsa perlu mengambilnya di Malaysia.

 

Pada serbuan di Seri Kembangan, antara yang dirampas ialah sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM100,000, pelbagai jenis peralatan komputer, pelbagai jenis dokumen dan buku cek, sejumlah kad ATM dan visa pelbagai jenama serta wang tunai USD15,000 dan RM14,260 termasuk. empat buah kereta seperti Toyota Rush dan Honda Accord bernilai kira-kira RM400,000. Polis juga percaya wang hasil penipuan telah digunakan untuk menjalankan perniagaan sewa kereta yang didaftarkan atas nama suspek wanita tempatan tersebut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda serta di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Ops Tiong Sindiket African Scam Yang Licik Tumpas

Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurugambar : Pusat Media PDRM
Penyunting  : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM