Ops Tawan Ke Arah Objektif Bandar Sifar Jenayah
Foto: Kpl Lukmanul Hakim
L/Kpl Aslam Syir Khan
L/Kpl Irfan Bujang
Konst. Mohd Iqbal Nasrudin
Kuala Lumpur, 30 Julai - Dalam
proses merealisasikan Bandaraya Kuala Lumpur bebas jenayah, Ops Tawan
telah dilancarkan PDRM dalam memperhebatkan tindakan-tindakan bersepadu
yang dijalankan setiap hari dengan kehadiran ramai anggota-anggota PDRM
melakukan rondaan jalanan dengan pertambahan kekuatan anggota dari Bukit
Aman.
Berlokasikan
tempat-tempat tumpuan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, Ops Tawan
ini dijangka akan memberikan impak positif dalam mempertingkatkan tahap 'fear of crime' di kalangan masyarakat yang berpersepsi tinggi terhadap kejadian jenayah seterusnya dalam penurunan kadar jenayah di negera ini.
Mengambil
kira faktor tersebut, kehadiran warga PDRM dalam jumlah kekuatan
pegawai dan anggota yang ramai akan memberikan signifikan keberadaan
polis di lokasi tumpuan orang ramai yang berisiko tinggi berlakunya
jenayah.
Secara
tidak langsung, penglibatan secara langsung atau tidak langsung
sebagaimana yang telah dilaungkan oleh pucuk pimpinan - 'Komuniti
1Malaysia' atau 'Community Policing' juga diperkukuhkan.
Ini
sekaligus memberikan gambaran jelas bahawa PDRM komited dalam
mengekalkan kepercayaan daripada masyarakat dalam menjaga keselamatan
dan ketenteraman awam di negara ini.
Sekitar Penugasan di Central Market & Telawi


















