Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Tapis Khas Tahan 27 Penagih Sekitar Chow Kit

Published: 17 Jun 2014 6.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
'Saya dah lapan kali keluar masuk penjara, dan empat kali keluar masuk pusat pemulihan... nak bawa saya ke manapun saya tidak kisah, saya suka... saya ni tunggu masa sahaja nak mati,' katanya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tapis-khas-tahan-27-penagih-sekitar-chow-kit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT

Kuala Lumpur, 7 Julai - Seramai 27 penagih, termasuk lima wanita, ditahan dalam 'Ops Tapis Khas' yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

ASP Mohd Ashril Md Johar, yang mengetuai operasi bagi kawasan sekitar Chow Kit, berkata operasi itu adalah bagi membasmi dan mengatasi masalah penagihan dadah di kawasan itu.

"Operasi bermula kira-kira pukul 4 petang dan sehingga 6 petang tadi, seramai 27 penagih termasuk lima perempuan berusia lingkungan 20-an dan 50-an ditahan dalam operasi sekitar Chow Kit ini.

"Ada yang kita tahan di dalam rumah sewa yang dijadikan sarang penagih, dan ada juga kita tahan ketika berkeliaran di jalanan," katanya kepada pemberita selepas operasi selesai.

Sementara itu, seorang penagih berusia 51 tahun yang ditahan ketika leka menghisap dadah mengaku meskipun sudah lapan kali keluar masuk penjara, namun itu tidak menghalang dia daripada meneruskan kegiatannya.

"Saya dah lapan kali keluar masuk penjara, dan empat kali keluar masuk pusat pemulihan... nak bawa saya ke manapun saya tidak kisah, saya suka... saya ni tunggu masa sahaja nak mati," katanya.

Mohd Ashril berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM