Makmal Dadah Ditemui Di Balik Pulau Seorang Suspek Ditahan
Balik Pulau, 5 Julai - Polis di sini membongkar kewujudan sebuah makmal
memproses dadah di sebuah rumah teres yang kegiatannya didalangi
seorang wanita Indonesia dan kekasihnya yang merupakan rakyat tempatan.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata wanita berumur
21 tahun itu telah ditahan di rumah itu dan dia direman sehingga Rabu depan.
Beliau
berkata suspek terbabit merupakan bekas pekerja kilang di Bayan Lepas
dengan pasportnya telah tamat tempoh sejak setahun lepas.
Kekasihnya
tidak berada di rumah tersebut ketika serbuan dilakukan, namun pihak
polis telah mengenal pasti identitinya dan dijangka diberkas tidak lama
lagi.
Lai suspek suspek lelaki berusia 34 tahun itu memiliki dua rekod jenayah lampau serta pernah ditahan kerana mengedar dadah.
Beliau
berkata kedua-duanya dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah
sejak tiga minggu lepas di rumah yang disewa mereka di Taman Kristal
Pondok Upeh.
Lai berkata pihak polis yang menyerbu rumah itu Rabu lepas
turut menemui 56 gram syabu, pil psikotropik, pelbagai bahan kimia dan
peralatan memproses dadah yang dianggarkan bernilai RM276,00.
Beliau berkata pasangan tersebut memproses syabu dan ekstasi yang dipercayai untuk edaran di Pulau Pinang.
Sumber : BERNAMA