Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Tapis Bersepadu Polis Tahan 19 Individu Disyaki Penagih Dadah

Published: 31 Jan 2016 6.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Seramai 19 individu termasuk seorang wanita warga Thailand ditahan kerana disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu, di Langkawi, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tapis-bersepadu-polis-tahan-19-individu-disyaki-penagih-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:06 MYT
Seramai 19 individu termasuk seorang wanita warga Thailand ditahan kerana disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu, di Langkawi, semalam. 

Serbuan hari kedua menerusi Jihad Perangi Dadah itu menumpukan kepada 'port' dadah di lima kampung yang menjadi tumpuan penagih di pulau ini membabitkan Kampung Kelibang, Bukit Malut, Keda Wang Tok Rendong, Bukit Tekoh dan Taman Nilam. 

Turut dirampas daripada beberapa suspek ialah 1.4 gram (gm) dadah jenis heroin, 0.l gm syabu, tiga biji pil yaba, dua biji pil Eramin 5 dan air ketum 1,000 mililiter (ml).

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Berita Harian

Ops Tapis Bersepadu Polis Tahan 19 Individu Disyaki Penagih Dadah
ArticlePublished 31 Jan 2016 6.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM