Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Tapis 12 Didapati Positif Dadah

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang wakil rakyat antara pengunjung yang diperiksa dalam serbuan Ops Tapis yang dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Melaka di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tapis-12-didapati-positif-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:37 MYT
Seorang wakil rakyat antara pengunjung yang diperiksa dalam serbuan Ops Tapis yang dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Melaka di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, Bandaraya Melaka.
Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. 

Seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).
Sumber : Akhbar Sinar Harian
Ops Tapis 12 Didapati Positif Dadah
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM