Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Sarang Cekup 31 Penagih

Published: 14 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang remaja Ielaki berusia 17 tahun antara 31 penagih yang didapati positif dadah dicekup dalam operasi bersepadu Ops Sarang di Lorong 2 Bagan Sungai Besar, di sini, pagi kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-sarang-cekup-31-penagih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:35 MYT

Sungai Besar - Seorang remaja Ielaki berusia 17 tahun antara 31 penagih yang didapati positif dadah dicekup dalam operasi bersepadu Ops Sarang di Lorong 2 Bagan Sungai Besar, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, remaja yang tidak lagi bersekolah itu ditahan polis ketika menunggang motosikal untuk ke port penagihan.

"Operasi yang bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Asisten Superintendan, Ramly Raaf besama 18 anggotanya dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya. 

Nor Azmi berkata, kesemua penagih itu dicekup di dua lokasi iaitu di port penagihan dan menerusi sekatan jalan raya yang dibuat di kawasan itu. Beliau berkata, operasi bersepadu antara polis dan AADK itu digerakkan dua kali sebulan secara berterusan sebagai salah satu mekanisme pencegahan jenayah dan membanteras gejala sosial serta mengawal kes penagihan dadah di daerah ini.

Sumber: Sinar Harian
Ops Sarang Cekup 31 Penagih

ArticlePublished 14 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM