Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Rantau Cekup 31 Warga Asing Tanpa Dokumen

Published: 01 Mar 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
GEORGETOWN: Seramai 31 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan lima agensi penguatkuasaan dalam empat serbuan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-rantau-cekup-31-warga-asing-tanpa-dokumen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:39 MYT

GEORGETOWN: Seramai 31 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan lima agensi penguatkuasaan dalam empat serbuan semalam. 

Ops Rantau sekitar daerah Timur Laut, di sini, yang bermula jam 10 malam hingga 1 pagi disertai 63 pegawai polis dan anggota dengan bantuan pegawai Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Mior Faridalatrash Wahid berkata, pemeriksaan di dua kawasan perumahan dan dua rumah kongsi berjaya menahan 21 warga Myanmar, Bangladesh (8) dan warga Pakistan (2) kerana tidak mempunyai dokumen serta permit tamat tempoh. 
"Seramai 164 warga asing pelbagai negara diperiksa dan 31 ditahan kerana tidak memiiki dokumen serta permit tamat tempoh,"katanya.

Beliau berkata operasi di kawasan warga asing di daerah itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kebanjiran mereka tanpa dokumen.

Sumber: Sinar Harian

Ops Rantau Cekup 31 Warga Asing Tanpa Dokumen

ArticlePublished 01 Mar 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM