Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Ramadan Ops Selamat Banteras Jenayah Menjelang Aidilfit

Published: 17 Jun 2014 7.34 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Putrajaya, 15 Julai - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka beberapa operasi antaranya Ops Ramadan dan Ops Selamat bagi mencegah dan membanteras jen..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-ramadan-ops-selamat-banteras-jenayah-menjelang-aidilfit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:21 MYT

Putrajaya, 15 Julai - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka beberapa operasi antaranya Ops Ramadan dan Ops Selamat bagi mencegah dan membanteras jenayah menjelang sambutan Hari Raya.

Beliau berkata antara misi Ops Ramadan adalah mencegah dan membanteras jenayah pada tahap maksimum, menentukan tiada peluang untuk perlakuan jenayah dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.

"Begitu juga Ops Selamat yang akan dilancarkan untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang musim perayaan, tidak kira di jalan raya atau pun di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan bungkusan Hari Raya oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Khalid berkata keadaan keselamatan negara pada masa kini adalah terkawal, sekali gus membolehkan umat Islam menunaikan ibadah puasa dalam keadaan aman dan selesa.

Walaupun terdapat cubaan pihak-pihak tertentu baru-baru ini untuk mencetus gangguan ketenteraman awam dengan tindakan mencabul kedaulatan undang-undang negara, peristiwa itu dapat ditangani dengan berkesan, katanya.

"Peristiwa yang saya maksudkan ialah insiden pencerobohan di Lahad Datu dan di beberapa kawasan lagi di Sabah pada 11 Feb lepas yang meragut nyawa lapan perwira PDRM dan dua perwira Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata kes pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Bukan semua (kes) polis akan siasat...ini kes kesalahan di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi, jadi penguatkuasa SKMM akan siasatlah," kata beliau kepada pemberita.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.34 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM