Ops Pemutihan Sawit Ii Kerjasama Agensi Agensi Lain Diharapkan
"..tindakan bersepadu multi-agency ini bolehlah dianggap sebagai airtight approach yang boleh mencegah kegiatan jenayah ini daripada terus berleluasa..."-Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah.
Seri Kembangan, 10 Nov- "Saya difahamkan juga terdapat premis-premis sedutcuri yang masih lagi beroperasi secara haram dan inilah antara sebab untuk kita meneruskan kolaborasi pembanterasan secara intensif melalui Ops pemutihan Sawit II, lantaran itu kerjasama daripada kesemua agensi penguatkuasaan adalah sangat diharapkan bagi menjayakan program ini demi kesejahteraan negara dan masyarakat amnya," ujarYDHDCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah,sempena Majlis Pelancaran Ops Pemutihan Sawit II di Hotel Palace Of Golden Horses, hari ini.
Mengulas kenyataannya itu, pembanterasan kegiatan sedutcuri minyak sawit ini perlu dilakukan secara holistik bagi meningkatkan keberkesanan tindakan dan penguatkuasaan undang-undang yang diambil kepada pesalah dan penglibatan lain-lain agensi penguatkuasaan adalah tepat kerana mempunyai bidang kuasa masing-masing dan boleh mengambil tindakan secara sinergi melalui pendekatan bersepadu menggunakan peruntukan undang-undang agensi berkenaan.
Terdahulu, beliau telah menyentuh mengenai kejayaan Ops Pemutihan Sawit I yang telah dilancarkan pada 6 Ogos 2009 di mana ianya telah membawa kepada kejayaan penutupan premis-premis sedutcuri minyak kelapa sawit di sekitar Johor dan negeri-negeri lain.
Dalam pada itu, kegiatan sedutcuri minyak kelapa sawit adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh dipandang remeh kerana kegagalan menanganinya boleh memudaratkan industri tersebut dan kestabilan ekonomi negara.
Ini kerana ianya juga merupakan satu jenayah sabotaj yang mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara sekaligus menjejaskan pendapatan terutamanya kepada lebih 500,000 warga tani yang terlibat secara langsung dalam indusri ini.
"Ribuan terima kasih dirakamkan kepada Y.Bhg Dato'Tn Haji Ahmad Sidek Stroo, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan)Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang memberi kepercayaan penuh kepada PDRM untuk bersama-sama dalam membanteras jenayah ini dari terus berleluasa dan menggugat kestabilan ekonomi negara dan industri sawit amnya serta pemuafakatan dan kerjasama ini akan tetap akan terus berpanjangan demi memastikan jenayah ini ditumpaskan," akhiri beliau dalam ucapannya sekaligus menyempurnakanPerasmian Ops Pemutihan Sawitpada hari ini.
Turut hadir, Y.Bhg Dato'Tn Haji Ahmad Sidek Stroo, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB,YDHDCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu-tetamu jemputan dan wakil-wakil media.

Bergambar kenangan sebelum bermulanya majlis.
Antara yang hadir semasa mesyuarat dijalankan.




YDHDCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah semasa mesyuarat dijalankan.

Y.Bhg Dato'Tn Haji Ahmad Sidek Stroo, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan)Malaysian Palm Oil Board (MPOB)semasa mesyuarat dijalankan.

Selepas selesai sidang media.

YDHDCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah bersama wartawan selepas selesainya sidang media.
Jurufoto : Konst Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan
Penyunting :