Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Mabuk Lalulintas 7 Ditahan 158 Saman Dikeluarkan

Diterbitkan: 21 Sep 2015 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah mengeluarkan 158 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan menahan tujuh lelaki kerana memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan dalam satu operasi di tiga lokasi berasingan, di sini, malam tadi. Ops Mabuk/ Lalulintas yang turut melibatkan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) telah bermula pada jam 11 malam dan diadak
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-mabuk-lalulintas-7-ditahan-158-saman-dikeluarkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah mengeluarkan 158 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan menahan tujuh lelaki kerana memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan dalam satu operasi di tiga lokasi berasingan, di sini, malam tadi.

Ops Mabuk/ Lalulintas yang turut melibatkan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) telah bermula pada jam 11 malam dan diadakan... di tiga lokasi iaitu, Lebuh Ayer Keroh, Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah - Jasin (AMJ) dan Jalan Syed Abdul Aziz.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, operasi diketuai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam IPD Melaka Tengah, ASP Yahya Manan bersama empat pegawal dan 40 anggota termasuk SPDRM berakhir pada jam 5 pagi.

"Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 53 tahun itu dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut selain akan didakwa mengikut Seksyen 45c Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45a akta yang sama”, katanya.

ACP Shaikh Abdul Adzis berkata, 15 motosikal dan 14 kereta disita dalam operasi berkenaan dan seorang remaja lelaki turut ditahan dipercayai memiliki motosikal curi dan akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

 

Ops Mabuk Lalulintas 7 Ditahan 158 Saman Dikeluarkan
ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2015 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM