Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Cantas Khas Polis Kedah Rampas Lapan Lagi Senjata Api

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Alor Star, 5 Sept - Polis Kedah merampas lapan senjata api dan menahan seorang lelaki dalam operasi yang dijalankan sempena Ops Cantas Khas di sebuah rumah di daerah Padang Terap di sini hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-cantas-khas-polis-kedah-rampas-lapan-lagi-senjata-api
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:57 MYT

Alor Star, 5 Sept - Polis Kedah merampas lapan senjata api dan menahan seorang lelaki dalam operasi yang dijalankan sempena Ops Cantas Khas di sebuah rumah di daerah Padang Terap di sini hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata hasil maklumat yang diperolehi, kira-kira 5 pagi ini, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap melakukan serbuan di rumah itu di Batu 27, Jalan Naka Nami.

Katanya polis menemui sepucuk pistol semi auto jenis Baretta 9mm, tiga laras AK47 Assault Rifle 7.62mm, tiga laras M4 Colt Assault Rifle 5.56mm dan satu assault rifle buatan sendiri.

"Turut dirampas tiga jenis peluru yang disimpan dalam dua tong minyak pelincir dan 11 magazine. Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan di rumah itu," katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini hari ini.

Katanya susulan tangkapan pertama itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 53 tahun kira-kira 1 tengah hari ini di Kuala Kedah.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis menjangkakan dapat menahan beberapa orang lagi berkaitan pemilikan senjata api itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971. Ini adalah rampasan senjata api terbesar di bawah Ops Cantas Khas di Kedah. Senjata api itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM