
Artikel
Operasi Sar Pdrm Bersama Rakan Agensi Penyelamat Masuk Hari Ke 4
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bencana tanah runtuh Batang Kali, di sini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) b...
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bencana tanah runtuh Batang Kali, di sini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan-rakan agensi penyelamat lain memasuki hari keempat.
Operasi hari ini membabitkan hampir 135 pegawai dan anggota pelbagai agensi dengan PDRM juga tidak ketinggalan menurunkan berbagai jenis aset bagi membantu mudahkan pencarian baki mangsa yang belum dikesan. Antaranya empat ekor anjing Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah, dua buah dron Pasukan Gerakan Udara (PDRM DRONE UNIT) serta empat buah jentera berat dari Jabatan Logistik dan Teknologi.
Walaupun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan keadaan tanah yang tidak stabil di kawasan tersebut, ianya tidak melemahkan semangat petugas PDRM dalam memastikan usaha mencari kesemua mangsa sehingga berjaya ditemui.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini