Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Penggalian Kubur Mangsa Pemerdagangan Manusia Dihenti Sementara Polis Perlis

Published: 09 Jun 2015 7.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 9 Jun- Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas Fasa Dua dihentikan sementara hari ini, kata Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-penggalian-kubur-mangsa-pemerdagangan-manusia-dihenti-sementara-polis-perlis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT

Kangar, 9 Jun- Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas Fasa Dua dihentikan sementara hari ini, kata Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail.

Beliau berkata bila operasi itu akan disambung semula akan diputuskan selepas beliau berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

"Saya akan berbincang dengan KPN hari ini. Sebelum itu saya tidak dapat mengesahkan semua 139 kubur yang ditemui di 28 kem transit sindiket tersebut telah digali atau tidak," katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Sehingga semalam sebanyak 106 rangka mayat dikeluarkan sejak penggalian kubur di Bukit Wang Burma dan Bukit Genting Perah dari Tangga 100 di Kuala Perlis hingga Wang Kelian bermula 25 Mei lepas.

Shafie berkata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menyertai operasi khas itu bagaimanapun masih berada di Markas Taktikal PGA Wang Kelian untuk menunggu arahan selanjutnya.

Tujuh mayat terakhir ditemukan di Bukit Genting Perah diturunkan melalui Simpang Lima, Felcra Lubuk sireh di Padang Besar petang semalam manakala dua hari lepas sebanyak 30 rangka mayat ditemukan di dalam 31 liang kubur dan dikeluarkan dari kawasan perkuburan di Bukit Genting Perah.

Pada 5 Jun, 14 rangka mayat berkafan ditemui dalam 12 kubur yang digali di hutan simpan Mata Air dan semalam 20 rangka mayat berkafan ditemukan di dalam 20 liang kubur di tempat sama. Sebelum itu 35 mayat dan rangka manusia dikeluarkan dari Bukit Wang Burma.- BERNAMA

ArticlePublished 09 Jun 2015 7.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM