Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Jsjn Bukit Aman Pulau Pinang Berhasil

Published: 18 Jun 2014 12.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
27 Ogos 2013 Gerorgtown – Sepasukan polis dari JSJN Bukit Aman dan JSJN Pulau Pinang telah menjalankan operasi di kawasan Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah dan Macalister Georgetown semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-jsjn-bukit-aman-pulau-pinang-berhasil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:55 MYT

27 Ogos 2013 Gerorgtown – Sepasukan polis dari JSJN Bukit Aman dan JSJN Pulau Pinang telah menjalankan operasi di kawasan Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah dan Macalister Georgetown semalam.

Polis telah berjaya menangkap (1) lelaki India dan (5) lelaki Cina berumur antara 35 hingga 46 tahun dengan membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis Ecstasy dan Syabu di kawasan Macalister Georgetown.

Sebanyak 48.04 kilogram serbuk ecstasy, 9.29 kilogram pil ecstasy, 27.8 kilogram cecair syabu, 8.7 kilogram syabu, 20.4 kilogram heroin, 752 gram heroin base, 3.3 kilogram pil perancang seks, 35.5 kilogram kafein, 64 gram ganja, peralatan memproses dadah dan bahan – bahan kimia untuk memproses dadah.

Anggaran harga pasaran yang dirampas RM 11.56 Juta. Turut disita dua buah kereta jenis Proton Waja dan Proton Saga serta wang tunai RM 30,660.

Kes disiasat dibawah Sek.39B ADB 1952 jika disabit kesalahan boleh dijatuh hukuman mandatory gantung sampai mati.

Tiga saspek daripada tangkapan tersebut mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kes jenayah dan narkotik .

Operasi Jsjn Bukit Aman Pulau Pinang Berhasil
Operasi Jsjn Bukit Aman Pulau Pinang Berhasil

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM