
Artikel
Opbenteng Keratan Akhbar Pilihan Pengkhianat Rm5k
Pasir Mas, 16 Januari 2022 - Dua lelaki mengaku menerima upah lebih RM5,000 bagi menyeludup 18 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dari sempadan Ma...
Pasir Mas, 16 Januari 2022 - Dua lelaki mengaku menerima upah lebih RM5,000 bagi menyeludup 18 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dari sempadan Malaysia - Thailand ke Johor.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila kenderaan dipandu mereka ditahan dalam pemeriksaan di hadapan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Islamiah Pasir Mas di sini, kelmarin.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggotanya menahan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex untuk pemeriksaan selepas dilihat mencurigakan pada jam 8.22 malam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua pemandu MPV itu berusia 24 dan 34 tahun membawa lapan orang dalam kenderaan pertama manakala 10 orang lagi sebagai penumpang kereta kedua.
Superintendan Azhari berkata, tekong dan semua PATI berkenaan ditahan manakala kenderaan dirampas sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.