
Artikel
Opbanjir Yang Di Pertuan Agong Tinjau Kerja Kerja Pembersihan Di Temerloh
Temerloh, 28 Disember 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...
Temerloh, 28 Disember 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan meninjau Pasukan Bencana Istana Negara melakukan kerja-kerja pembersihan di Balai Raya Kampung Serdang, Mentakab dengan diiringi oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Azhar Mohd Yusoff, semalam.
Turut berangkat dalam lawatan itu ialah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Selain melakukan tinjauan di lokasi, KDYMM Yang di-Pertuan Agong turut menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Bukit Cermin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Mentakab.
Sumber: POLIS Temerloh