Artikel
Opbanjir Video Pilihan Pdrm Terus Komited Bantu Bersihkan Lokasi Banjir
Kesibukan tugas hakiki menjaga keselamatan tidak menghalang Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi bantuan membersihkan premis yang terjejas akibat banjir di Sel...
Kesibukan tugas hakiki menjaga keselamatan tidak menghalang Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi bantuan membersihkan premis yang terjejas akibat banjir di Selangor.
PDRM menerusi Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan bersama warga pendidik terus kekal komited membantu mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, semalam.
Aset jentera seperti "water canon", lori dan kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Land Rover digunakan bagi memastikan tugas pembersihan kawasan berjalan dengan lancar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Askar Wataniah dan sukarelawan Jabatan Pendidikan Malaysia juga tidak terkecuali untuk turun padang menyertai pembersihan sekolah tersebut.
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/237123755110122
