Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Video Pilihan Pasukan Penyelamat Ipd Tenom Bantu Calon Stpm Redah Banjir

Published: 04 Mar 2026 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sepasukan anggota penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom telah membantu mengiringi petugas serta calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke pusat peperiksaan di kawasan Kemabong, Tenom susulan laluan utama terputus akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-video-pilihan-pasukan-penyelamat-ipd-tenom-bantu-calon-stpm-redah-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT

Sepasukan anggota penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom telah membantu mengiringi petugas serta calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke pusat peperiksaan di kawasan Kemabong, Tenom susulan laluan utama terputus akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Walaupun terpaksa meredah air yang naik, bantuan segera yang diberikan memastikan semua petugas dan calon selamat tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong bagi menduduki Peperiksaan Ulangan STPM 2/2026 tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Polis Diraja Malaysia sentiasa bersiap siaga dan komited dalam memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan calon peperiksaan, di samping terus memelihara kesejahteraan masyarakat dalam apa jua situasi.


Opbanjir Video Pilihan Pasukan Penyelamat Ipd Tenom Bantu Calon Stpm Redah Banjir

ArticlePublished 04 Mar 2026 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM