
Article
Opbanjir Tenaga Terus Digembleng Bantu Masyarakat Setempat Terjejas Banjir
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Sa...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh membantu penduduk setempat membersihkan kawasan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom dan Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, Kuala Langat, Selangor.
Semangat “esprit de corp” yang ditanam dalam diri setiap warga kerja IPD Kuala Langat tidak pernah luntur apabila turut sama membantu membersihkan kediaman warga kerja mereka yang terlibat dengan bencana alam tersebut.
Sumber: Polis Selangor