
Article
Opbanjir Sk Taman Sri Muda Kembali Ceria Dengan Bantuan Abang Polis
Persekitaran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Muda dan SK Taman Sri Muda 2, Shah Alam, Selangor kembali ceria selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Pasuk...
Persekitaran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Muda dan SK Taman Sri Muda 2, Shah Alam, Selangor kembali ceria selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6, Bakri, Muar giat melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar sekolah tersebut.
Operasi pasca banjir yang dilaksanakan oleh warga PSP dan PGA itu menggunakan dua buah jentera "water cannon", tiga buah land rover dan lima buah motolori.
Sekolah yang terletak di Seksyen 25 Shah Alam itu merupakan antara kawasan yang terjejas teruk minggu lalu apabila bencana banjir melanda beberapa negeri di Malaysia.