
Artikel
Opbanjir Ppm Wilayah Tiga Terus Mempergiat Misi Menyelamat Mangsa Banjir
Sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor terus mempergiatkan lagi misi menyelamat mangsa banjir di sekitar ka...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor terus mempergiatkan lagi misi menyelamat mangsa banjir di sekitar kawasan Kampung Siram dan Kampung Banggol Kong, Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Pasukan dan juga aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus digerakkan dalam misi mencari serta membantu mangsa banjir yang masih terkandas untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara yang disediakan bagi memastikan keselamatan terjamin.
Sumber gambar: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga