
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kertas Siasatan Sudah Diserah Ke Agc Pengarah Jsjn
Kuala Lumpur, 1 Mac 2022 - Hasil siasatan membabitkan pertuduhan kes anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah disera...
Kuala Lumpur, 1 Mac 2022 - Hasil siasatan membabitkan pertuduhan kes anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Kes berkenaan berlaku pada Disember 2019 dan keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan bergantung kepada AGC.
"Tuduh atau tidak, itu kena tanya AGC, Kita dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah pun menyerahkan hasil siasatan.
"Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara itu," katanya sewaktu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.
