Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Posting Pilihan Warga Kerja Ipd Shah Alam Terjejas Banjir Terima Sumbangan Dari Mcpf

Published: 31 Dec 2021 1.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim di perkarangan IPD Shah Alam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-warga-kerja-ipd-shah-alam-terjejas-banjir-terima-sumbangan-dari-mcpf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Shah Alam, 31 Disember 2021 - Warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah menerima sumbangan daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim di perkarangan IPD Shah Alam.

Sumbangan yang berupa al-Quran dan barangan keperluan asas itu diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mereka yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Turut hadir, Setiausaha MCPF Selangor, Dato' Muhammad Fuad Talib, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sharul Lalli Masduki bersama isteri, Datin Rokiah Zainudin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor.

ArticlePublished 31 Dec 2021 1.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM