Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Posting Pilihan Warga Kerja Ipd Jelebu Terjejas Banjir Terima Sumbangan

Published: 31 Dec 2021 2.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada mereka yang terjejas adalah dari Pertubuhan Dai Kuala Lumpur melalui Pengerusinya merangkap Imam Masjid Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-warga-kerja-ipd-jelebu-terjejas-banjir-terima-sumbangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:58 MYT
Jelebu, 31 Disember 2021 - Warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Negeri Sembilan yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan daripada bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim baru-baru ini.

Tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada mereka yang terjejas adalah dari Pertubuhan Dai Kuala Lumpur melalui Pengerusinya merangkap Imam Masjid Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid.

Seramai tiga pegawai rendah polis dan dua pegawai awam telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas yang diharapkan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung warga kerja IPD akibat bencana banjir.

Turut hadir, Ketua Polis negeri, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop dan Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin.

ArticlePublished 31 Dec 2021 2.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM