Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Posting Pilihan Seramai 149 Mangsa Banjir Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Sementara

Published: 31 Dec 2021 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sehingga jam 4.00 petang semalam, seramai 149 orang penduduk daripada 49 buah keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-seramai-149-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pusat-pemindahan-sementara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
Dungun, 31 Disember 2021 - Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun kembali dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sehingga jam 4.00 petang semalam, seramai 149 orang penduduk daripada 49 buah keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut sama membantu Polis Diraja Malaysia memindahkan para penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Selain itu, Markas Taktikal di Kampung Jongok Batu telah diwujudkan dan beroperasi sepanjang 24 jam sehari bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk.

ArticlePublished 31 Dec 2021 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM