
Artikel
Opbanjir Posting Pilihan Pm Tinjau Kawasan Terjejas Banjir Di Kelantan
Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan terjejas banjir di Simpang Tiga Sungai Lubok Jong di samping menyantuni mangsa-mangsa banjir di...
Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan terjejas banjir di Simpang Tiga Sungai Lubok Jong di samping menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Ketua Penolong Pengarah (Krisis/Bencana), Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Ahmad Zailani Yaacob dan Penolong Pengarah Gerakan (Kepolisan Am/Gerakan), Jabatan KDNKA Bukit Aman, Superintendan Peter Johny.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan