Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Posting Pilihan Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Ipd Bachok Yang Terkesan Banjir

Diterbitkan: 30 Dec 2022 12.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Walaupun sibuk dalam membantu masyarakat yang terlibat banjir, tidak ketinggalan juga bantuan diberikan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terjejas akibat bencana tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-penyampaian-sumbangan-kepada-warga-ipd-bachok-yang-terkesan-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
Walaupun sibuk dalam membantu masyarakat yang terlibat banjir, tidak ketinggalan juga bantuan diberikan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terjejas akibat bencana tersebut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin telah menyampaikan sumbangan kepada 14 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan empat Sukarelawan Polis yang mana kediaman mereka turut terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban warga IPD yang terlibat dan semoga terus tabah serta diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2022 12.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM