
Artikel
Opbanjir Posting Pilihan Mdn Tinjau Program Mekar Prihatin Pasca Banjir
Beliau yang diringi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Wan Ahmad...
Kajang, 7 Januari 2022 – Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini, hadir ke Program MEKAR Prihatin Pasca Banjir yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.
Beliau yang diringi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz telah melihat sendiri pelaksanaan program berkenaan yang disediakan kepada mangsa yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.
Terdahulu, satu sesi taklimat berkenaan operasi (Op) Pasca Banjir telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan bagi memaklumkan tindakan terkini yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia bersama lain-lain pasukan sukarelawan badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Dalam program yang sama, Dato’ Seri Hamzah juga berkesempatan menyerahkan beberapa bantuan menerusi Op Bantu kepada penduduk yang terjejas bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Di bawah Program MEKAR ini, tiada sebarang bayaran akan dikenakan bagi permohonan gantian dan cabutan dokumen yang rosak atau hilang disebabkan oleh bencana banjir pada 18 Disember yang lalu. Program tersebut turut dilaksanakan di sekitar Sepang dan Kuala Langat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed.