
Article
Opbanjir Posting Pilihan Ipd Manjung Dan Pelbagai Agensi Siap Sedia Hadapi Musim Banjir
Sumber: Polis Daerah Manjung
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah, ACP Nor Omar Sappi mengadakan latihan simulasi banjir dengan melibatkan pelbagai agensi, antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Pantai Remis, Perak.
Latihan simulasi tersebut bertujuan bagi memastikan kecekapan operasi dapat dipertingkatkan selain boleh mengenal pasti penambahbaikan yang diperlukan oleh kesemua agensi bagi menghadapi musim banjir.