Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbanjir Posting Pilihan 6 Balai Pondok Polis Di Terengganu Ditutup Akibat Banjir

Published: 20 Dec 2022 2.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 20 Disember 2022 - Enam balai dan pondok polis di Terengganu ditutup selepas ditenggelami air akibat banjir yang melanda negeri itu sejak semalam. Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara yang paling teruk terjejas apabila air sudah mencecah sehingga ke paras bumbung.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-posting-pilihan-6-balai-pondok-polis-di-terengganu-ditutup-akibat-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Terengganu, 20 Disember 2022 - Enam balai dan pondok polis di Terengganu ditutup selepas ditenggelami air akibat banjir yang melanda negeri itu sejak semalam.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, Balai Polis Kuala Jengai di Dungun antara yang paling teruk terjejas apabila air sudah mencecah sehingga ke paras bumbung.

Beliau berkata, lima lagi balai yang terjejas adalah dua di Kemaman iaitu Balai Polis Pasir Gajah dan Balai Polis Air Putih; satu di Balai Polis Manir di Kuala Terengganu, Balai Polis Trafik serta Pondok Polis Tenang di Jerteh, Besut.

"Balai Polis Manir mula ditutup petang semalam disusuli balai dan pondok yang lain. Kesemua anggota yang berada di balai berkenaan juga selamat serta sudah dipindahkan ke tempat yang selamat.

"Semua aset yang terdapat di balai dan pondok juga sudah dipindahkan serta setakat ini, semuanya masih ditutup," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


May be an image of body of water

May be an image of body of water

May be an image of 1 person and body of water

May be an image of 6 people, people standing and body of water

May be an image of body of water and indoor

ArticlePublished 20 Dec 2022 2.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM