
Artikel
Opbanjir Posting Pilihan 56 Warga Kerja Jabatan Pengurusan Terima Sumbangan Prihatin Banjir
Kuala Lumpur, 28 Disember 2021 - Seramai 56 mangsa banjir yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah menerima sumb...
Kuala Lumpur, 28 Disember 2021 - Seramai 56 mangsa banjir yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah menerima sumbangan yang diberikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass dan isteri, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir, hari ini.
Penyerahan sumbangan adalah berupa barangan keperluan asas dari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dan Jabatan Pengurusan serta wang tunai berjumlah RM500.00 dari Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama, barisan Ketua Penolong Pengarah bersama isteri, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP Jabatan Pengurusan.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM