
Article
Opbanjir Polis Tanah Merah Bantu Bayi Pramatang Dapatkan Rawatan Di Hospital
Sumber: Polis Daerah Tanah Merah
Sepasukan anggota dari Balai Polis Lalang Pepuyu, Tanah Merah membantu mangsa banjir, bayi berusia tujuh bulan yang dilahirkan secara pramatang ke Hospital Tanah Merah. Beliau yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Kajang bersama ibunya turut mengalami penyakit paru-paru kronik dan sukar bernafas telah dihantar hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut baru-baru ini.