Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kesan Pemilik Katering

Diterbitkan: 27 Dec 2023 2.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jempol, 27 Disember 2023 - Polis akan mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu seorang pengantin perempuan di sini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada Selasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kesan-pemilik-katering
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT
Jempol, 27 Disember 2023 - Polis akan mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu seorang pengantin perempuan di sini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati pengantin perempuan berusia 26 tahun itu telah berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor pada 3 April lalu.
“Mangsa kemudiannya membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2,780 sebelum membuat bayaran kedua pada 17 Jun lalu sebanyak RM5,554.

“Seterusnya bayaran kali ketiga dibuat berjumlah RM4,954 pada 30 Ogos lalu dan keseluruhan mangsa membuat bayaran berjumlah RM13,200 secara dalam talian atas nama syarikat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pembayaran itu bagi majlis kenduri yang diadakan pada 24 Disember lalu namun mangsa mendakwa tidak menerima pakej yang dijanjikan.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan di Facebook selain hanya menjalankan urusan di dalam talian sahaja.

“Polis sedang mengesan nombor akaun bank yang digunakan seiain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 27 Dec 2023 2.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM