
Artikel
Opbanjir Polis Rompin Berganding Bahu Dengan Pelbagai Agensi Pindah Mangsa Banjir Ke Pps
Dalam masa sama, mereka juga mengedarkan sumbangan berupa bekalan makanan di beberapa buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Mikang, Aur, Pelam dan Ibam ya...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus berganding bahu menghulurkan bantuan serta memindahkan mangsa-mangsa banjir di Kampung Gadak, Muadzam Shah, Rompin, Pahang ke pusat pemindahan sementara (PPS), semalam.
Dalam masa sama, mereka juga mengedarkan sumbangan berupa bekalan makanan di beberapa buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Mikang, Aur, Pelam dan Ibam yang terputus hubungan dengan bandar akibat dinaiki air banjir.