
Article
Opbanjir Polis Lakukan Tinjauan Kawasan Terjejas Banjir Di Segamat
Segamat, 9 Januari 2022 - Ketua Penolong Pengarah (Krisis/Bencana) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Z...
Segamat, 9 Januari 2022 - Ketua Penolong Pengarah (Krisis/Bencana) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Zailani Yaacob bersama 13 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) turun membuat tinjauan dan rondaan di beberapa buah kampung di kawasan terjejas banjir, pagi tadi.
Rondaan selama hampir tiga jam dengan menggunakan empat buah bot Pasukan itu melibatkan Kampung Pogoh Tengah, Kampung Chodan dan Kampung Tekam yang masih ditelenggami air pada paras berbahaya.
Ia juga bertujuan memastikan tiada penduduk di kawasan berkenaan yang terkandas dan telahpun berpindah ke kawasan lebih selamat.


