
Article
Opbanjir Polis Kota Marudu Pindah Mangsa Banjir Ke Pps Elak Kejadian Buruk Berlaku
Tindakan cepat dalam membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) ini, adalah bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku beri...
Sabah merupakan negeri terbaharu yang terjejas akibat banjir setakat ini dan daerah yang paling terkesan adalah Kota Marudu.
Sejak dari awal pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Murudu telah diatur gerak bagi membantu mangsa-mangsa banjir di dalam kawasan tersebut.
Tindakan cepat dalam membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) ini, adalah bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku berikutan paras air semakin meningkat di beberapa buah kawasan.