Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Polis Johor Bantu Bersihkan Kawasan Pasca Banjir Di Kluang

Diterbitkan: 10 Mar 2023 9.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Daerah Kluang
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-polis-johor-bantu-bersihkan-kawasan-pasca-banjir-di-kluang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Chuah Yong Huat dan Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh melakukan kerja-kerja pembersihan di Kampung Palembang Baru Kluang yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Kerja-kerja pembersihan yang melibatkan 10 buah rumah itu turut dibantu oleh Batalion 5, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam bersama pasukan sahabat dan beberapa agensi kerajaan lain.

Sumbangan berupa bakul makanan turut disampaikan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Sumber: Polis Daerah Kluang

ArtikelDiterbitkan 10 Mar 2023 9.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM